Contoh terma dan syarat perkhidmatan Make Up Artist


Biasanya dihantar bersama nombor akaun bank waktu pelanggan nak bayar deposit.

Ni contoh je. Sila copy & paste contoh di bawah dan ubah suai ikut selera 😄:


Contoh:

Terma dan Syarat Perkhidmatan Make Up Artist (MUA)

1. Tempahan hanya sah dengan pembayaran deposit (tidak dikembalikan) sebanyak 50% dari jumlah caj atau minimum RM50.00 seorang, mana yang lebih tinggi.
2. Deposit lupus dengan pembatalan atau perubahan waktu oleh pelanggan (pelanggan dinasihat menyediakan pengganti agar tidak kehilangan deposit).
3. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau pindahan wang ke akaun bank yang telah dimaklumkan.
4. Baki bayaran hendaklah dijelaskan SEBELUM tugasan pertama bermula.
5. Pelanggan hendaklah bersedia pada waktu yang telah dipersetujui.
6. Pelanggan hendaklah menyediakan lokasi bersiap yang selamat dan sesuai, dengan trafik dan gangguan minimum.
7. Dengan pembayaran deposit, pelanggan tertakluk kepada syarat-syarat di atas.
8. Pihak kami berhak membatalkan tempahan/tugasan dengan/tanpa memulangkan deposit sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi.

Popular Posts